Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Wednesday, December 29, 2010

Bersyukur :)

Assalamualaikum and salam sayang <3! ^_^
Jumpa lagi kita. Emm. Okay, kali ni Haneul nak share sikit pasal keadaan Haneul sekarang ni. Haneul tau dan Haneul sedar yang Haneul sekarang sangat2 jauh berubah dari diri Haneul yang dulu. Tahun 2010 memang banyak mengubah diri dalaman Haneul. Pengalaman Haneul kerja, pengalaman Haneul belajar, jauh dari keluarga Haneul, banyak mengubah diri Haneul. Ya, Haneul semakin berani, tapi, Haneul tahu, Haneul jugakk semakin lupakan Allah, yang dah cipta diri Haneul ni. Haneul tekad nak berubah. Tapi, Haneul tak tahu nak cari siapa. Haneul kena buat sendiri. hehe. Langkah 1. Haneul beli satu buku ni. Tajuknya, 'MENJADI MUSLIM TERBAIK', hasil Aa Gym. So, Haneul nak share kan ape yang Haneul dah baca :) Harap2, dapat bwk pedoman untuk kita semua. InsyaAllah.

BERSYUKUR KITA SEBAGAI MUSLIM.

Pertama-tamanya, sentiasalah tanam dalam diri, bahawa kita ni muslim, yakni Islam. Kita sepatutnya BERSYUKUR dilahirkan sebagai Islam. Bayangkan kawan2 kita kat luar sana yang lahir sebagai bukan Islam? Perjuangan diorang lagi lah susahh dari kita yang sememangnyaa sudahh Islam.

1. Bersyukur sebagai Muslim.


Keimanan dan keislaman adalah satu nikmat yang sangat mahal, melebihi semua benda yang paling mahal atas dunia ni, lagi mahallahhh dari DSLR yang korang tergila2kan sgt tuu. haha :p Kita tengok sekarang, ramai sangat yang sibuk nak mempertahankan harta dan jawatan, sebab diorang anggap dua2 benda tu penting. Kalaulah seseorang tahu betapa bernilainya nilai keislaman dan keimanan, harta benda dan jawatan tu tak akan melalaikan keteguhannya terhadap iman dan Islam.


2. Bersyukur atas Kemanusiaan Kita.


Allah menganugerahkan berbagai-bagai kelebihan kepada kita sebagai manusia. Anugerah terbesar yang kita miliki ialah AKAL. Dengan akalnya manusia mampu mengambil pengajaran dan memanfaatkan semua kemudahan yang Allah ciptakan di dunia ni. Keunggulan manusia melebihi jin dan syaitan. So, jangan sesekali kita rendah2 kan diri kita hingga menyerupai binatang, BINATANG, SEHARIANNYA HANYA SIBUK MEMENUHI KEPERLUAN MAKAN, MINUM DAN SYAHWAT. TIDAK ADA TUJUAN LAIN.




3. Jauhi perbuatan dan sikap yang merosakkan Keislaman kita.


a) menyekutukan Allah.
b) menderhaka kat mak dan ayah.
c) berzina,
d) menaniaya dan merugikan org lain.
e) berjudi.
f) minum arak.

Ok. Itulah dia serba sedikit bahagian satu buku yang Haneul baca ni. huh~
Harap2, Haneul takk lupa semua bnda2 tu dan tanamkan Allah tetap dalam hati Haneul. AMIN.
Haneul akan terus baca buku tu and sharekan dengan semua.. :)

2 comments:

  1. tenkiu..
    best la buku tu..
    boleh bagi syaz pinjam ni nanti..
    :D

    ReplyDelete
  2. hehe. boleh aje syaz.. kecik je buku tu. comeyy. nanti haneul bagi :)

    ReplyDelete